You are beautiful
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
i shouldn't say this.
Sunday, September 25, 2011 @ 3:11:00 PM | 0 Comment [s]

Photobucket

MR. COINCIDENCE 

saya membahasakan diriku dangan nama 'mira' pada entry kali ini!



Hari tu kan mira balik kampung time raya, trus time mau pulang pegi kk sudah ne, mira terjumpa seseorang.
seseorang yg boleh tahan cute juga lah.mira dok pandang dia dari jauh sampai dia terperasan dan kami bertaut mata. since then, dia mcm asyik perhatikan shaja sepertimana mira perhatikan dia. sekali, my family pindah tempat duduk iaitu di belakang dia sahaja, ia membuatkan mira sangat gabra.

apa yang membuatkan mira bertambah gabra bila, actually family mira ngan family dia kenal. hihi mira rasa lawak sangat time tuh, sebab keluarga mira ngan family dia dok bersalam salaman. dia asyik tengok mira je, haih terbongkar rahsia mira memandang dia dr jauh. tambahan pula, abang dia emm cmna mau cakap ah, abg dia merupakan ex boyfriend kakak mira ataupun abang dia suka kakak mira sejak dulu lagi. Tapi kakak mira tak suke ngan abang dia ntah lah kenapa. 

bila mau masuk dalam airoplane sudah, dia baris untuk masuk kat belakang mira je, mira perasan juga dia tengok tengok mira dengan guitar dia dibelakang dan speaker kecik di tangan. dia terer main guitar kot. mira rasa dia handsome and cute plus dia pakai kaca mata yg merupakan idaman mira sejak dulu, plus dia tidaklah begitu tinggi lampai. hehe. pastuh mira x nampak lagi kelibat dia sehinggalah turun airoplane.. mira kluar ikut pintu depan di pintu belakang. sama sama kami jalan, dia dekat depan mira, mira dekat belakang dia.

selepas selesai ambik beg dan masuk kereta, mira nampak dia lagi, lalu sebelah kereta mira ja dan masuk ke dalam kereta dia kat sebelah kereta mira. mira dapat tahu lagi, nak tahu apa mira dapat tahu? diaaaaaaaaaa... tinggal seperumahan dengan mira je! tapi dia kat lorong sebelah sana dekat lorong 16 kalau mira x silap lah. dekat tuh ngan mira punya rumah.

suatu hari tu mira pergi sekolah jam 6.00 pagi dan bila mira keluar simpang lorong rumah mira, mira nampak kereta dia kat depan kereta mira. HIHI mira terkejut sangat! mama mira yg cakap itu kereta kawan kakak mira yg kakak mira x suka tu. sejak dari itu, kereta kami jalan sama sama, sampailah dekat masjid bandaraya, mira jalan lurus, dia belok kiri. oleh itu, mira tahu dan dapat agak sekolah kami dekat dan sekolah dia mungkin all saints ataupun lok yuk. baru sekali begini, setiap hari mira tunggu jam 6 pagi untuk nampak kereta dia tapi mira x berjaya. nasib!

tapi yg mira x tahu, siapa nama dia, umur dia berapa, dan ................... so much more! i wish to see him again, anytime anywhere. mira rasa dia pernah datang kampung mira dulu, sebabkan abg dia selalu pegi kmpung mira kalau raya, mungkin mira ja x nampak dia. mira hairan kenapa banyak sangat kebetulan diantara mira dan dia, sampai skrg mira berusaha cari facebook dia dari facebook abang dia tapi mira x jumpa sebab mira x add abg dia. seganlah mau add facebook abang dia. 

tapi x apa, mira hanya berharap dapat berjumpa dia lagi ... dear MR. coincidence i hope we'll meet again! 




Older Post | Newer Post
Profile


Assalamualaikum,Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.
mind to follow and read





Entry Profile Stuff Links



Tagboard






Round of applause

Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping